Make your own free website on Tripod.com
Koperasi Pekan Rabu Alor Setar Berhad

LATAR BELAKANG

Koperasi Pekan Rabu Alor Setar Berhad pada awalnya ditubuh bagi meningkatkan kepentingan ekonomi peniaga-peniaga yang berniaga di Pekan Rabu. Dengan itu ahli-ahli dapat bantu membantu antara satu sama lain, berjimat cermat, menyimpan wang dan memajukan pelajaran dikalangan ahlinya.

Kini Pekan Rabu telah menjadi tumpuan pelancong-pelancong dalam dan luar negeri kerana sistem perniagaan ala bazarnya itu yang menjual barangan keperluan seharian terdiri dari kain baju, pelbagai jenis kueh muih tradisional seperti dodol, karas, baulu, kuih beras dan lain-lain, menjual segala perkakas keperluan dapur seperti pinggan mangkuk, lesung batu, batu giling dan sebagainya, sehinggakan kepada menjual kitab, buku, majalah, kedai jam, permainan tradisional seperti congkak, permainan kanak-kanak dan kedai emas. Kini perniagaan Komputer, Telefon Mudahalih dan Cyber Internet juga telah diusahakan oleh ahli-ahli Koperasi Pekan Rabu.

Perniagaan di Pekan Rabu telah berkembang dan maju mengikut kemajuan dan aliran semasa, Pekan Rabu Holding telah ditubuh dan diperbadankan sebagai anak syarikat milik penuh Koperasi Pekan Rabu bagi menjalankan perniagaan dan perkhidmatan yang akan memajukan lagi Kompleks Pekan Rabu disamping memberikan pendapatan tambahan kepada Koperasi Pekan Rabu.


Menu Utama

Kemaskini terakhir pada : 3 March, 2002 21:35
sebarang teguran dan cadangan sila kemukakan terus kepada Setiausaha

Koperasi Pekan Rabu Alor Setar Berhad