Make your own free website on Tripod.com

Definisi Virus Komputer

Walaupun perisian cetak rompak merupakan salah satu diantara jenayah komputer, mereka cipta virus komputer juga merupakan salah satu diantara jenayah kerana ia dianggap menceroboh atau mengganggu. Virus komputer di dalam istilah komputer ialah sejenis program parasit yang tertanam di dalam salah sebuah perisian atau program. Kebiasaannya ia disimpan atau terletak di kawasan tertentu di dalam disk yang dinamakan "boot sector". Apabila kita menjalankan/melarikan perisian yang dijangkiti virus tersebut atau cuba mengakses disk yang dijangkiti akan mengaktifkan virus tersebut. Virus boleh diprogramkan untuk melakukan pelbagai perkara termasuklah menyalin diri mereka ke dalam program lain, memaparkan maklumat tertentu di monitor, memusnahkan fail maklumat atau memadam kelesuruhan cakera keras "hard disk".
Disamping itu, virus komputer juga boleh diprogramkan untuk bertindak pada masa-masa yang tertentu atau pada hari yang telah ditetapkan. Virus yang paling digeruni sekali ialah virus Michelangelo yang menyebabkan kemusnahan yang amat besar pada tahun 1991. Ia ditulis untuk diaktifkan pada harilahir penulis aturcara tersebut. Apabila pengguna menghidupkan komputer mereka yang telah dijangkiti pada hari tersebut, komputer akan mengformatkan "reformat" cakera keras, memadamkan segala maklumat dan perisian yang disimpan di dalam cakera keras tersebut.
Pada tahun 1950an, mulanya ahli saintis komputer membincangkan kemungkinan untuk membina perisian yang dapat menyalin dirinya sendiri dan merebak kepada komputer lain. Perisian virus tersebut masih belum dicipta sehinggalah pada tahun 1983 apabila salah seorang pelajar di Universiti of California iaitu Fred Cohen menulis satu huraian mengenai virus komputer tersebut. Tida
k seperti virus yang menyebabkan selsema atau penyakit lain terhadap manusia, virus komputer tidak berlaku atau terjadi dengan sendirinya. Setiap virus harus diprogramkan. Tidak terdapat virus yang berfaedah. Kadangkala, virus komputer hanya ditulis untuk mengganggu. Terdapat sesetengah individu yang ingin memaparkan mesej tertentu untuk bergurau. Di dalam keadaan yang demikian, virus tersebut hanyalah bersifat untuk menggangu sahaja. Walau bagaimanapun, apabila virus terbabit menyebabkan kerosakan yang besar. Siapa yang harus dipersalahkan. Pencegahan Dari Jangkitan
Untuk mencegah jangkitan virus tidaklah sukar seperti yang disangkakan. Kita hanya perlukan pengetahuan mengenai virus komputer dan beberapa perisian untuk mengatasinya. Perkara utama yang anda perlu ketahui ialah semasa komputer anda berada didalam keadaan bahaya jangkitan. Apabila virus komputer telah berada di dalam ingatan komputer, virus boleh memusnahkan perisian dan fail-fail data di dalam cakera keras anda.
Cara yang paling mudah untuk mendapat jangkitan virus komputer ialah dengan bertukar-tukar perisian atau disk dengan orang lain. Bahkan, perisian yang baru dibeli dan masih dalam bungkusan juga dipercayai mempunyai virus komputer. Kaedah pencegahan yang terbaik ialah dengan menganggap semua disk yang anda temui mempunyai potensi dijangkiti virus.
Untuk mengenal pasti virus komputer memerlukan perisian antivirus. Perisian ini mampu mengesan disk dan perisian yang dipercayai mempunyai virus dan memusnahkannya. Terdapat pelbagai perisian untuk mengesan virus ini.

Aktiviti Virus Komputer
Sepertimana yang dinyatakan sebelum ini, virus komputer adalah program kecil yang memasukkan dirinya kedalam program perlaksanaan dan juga "boot sector" (kawasan di dalam setiap disk yang mengandungi program yang melaksanakan "loading" sistem operasi) Kebanyak virus akan aktif apabila anda menjalankan program yang telah dijangkiti atau memulakan "booting" komputer daripada disk yang telah dijangkiti. Ia akan mula membiakkan dirinya dengan mencari fail-fail yang baru dan "boot sector" untuk dijangkiti.
Sebelum kita meninjau lebih jauh mengenai perisian antivirus. Lebih baik jika kita meninjau dengan lebih terperinci lagi mengenai virus komputer agar memudahkan kita untuk menghapuskannya kelak. Virus komputer yang paling ditakuti oleh kebanyakan orang ialah virus yang menghapuskan data, format cakera keras atau menjadikannya "unbootable" (tidak boleh mengaccess sistem operasi), atau merosakkan BIOS seting.
Perisian antivirus mempunyai beberapa kaedah atau cara untuk mengatasinya. Kebanyakan perisian antivirus memasangkan program "memory -resident Windows 95 virtual device driver (VxD)" yang akan dilaksanakan secara automatik apabila anda menghidupkan komputer anda. Ia akan sentiasa berada di latar belakang anda bertugas untuk mencari virus. Jika kita hanya menggunakan pengimbas sahaja itu adalah tidak memadai.. Disamping itu, kita juga boleh menetapkan satu jadual agar pemeriksaan virus dilakukan dengan lebih kerap lagi. Fail yang telah dimampatkan juga mampu diperiksa oleh perisian ini.

Fail Pengenalan Virus (virus signature file)
Kesemua perisian antivirus merujuk kepada pengkalan data yang menyimpan maklumat mengenai virus apabila memeriksa sesuatu fail yang dijangkiti. Oleh yang demikian, adalah penting untuk kita sentiasa mengemaskinikan "update" fail tersebut untuk mengesan virus-virus yang baru. Ini kerana hampir setiap hari, boleh dikatakan hampir lima ekor virus baru ditemui. Kebanyakan perisian antivirus membenarkan anda mengemaskinikan fail tersebut. Walau bagaimanapun, terdapat perisian yang mudah untuk kita mengemaskinikannya dan juga sebaliknya. Sesetangah perisian seperti Norton Antivirus 2.0 dan PC-Cilin hanya memerlukan anda menekan satu butang sahaja. Segala proses lain akan dilakukan secara automatik. Sesetengah perisian memerlukan anda untuk mengemaskinikan fail secara manual. Terdapat juga sesetengah perisian seperti Dr Solomon yang menghantarkan fail update secara manual kepada pengguna.
Walau apa sekalipun perisian antivirus yang anda gunakan. Pastikan anda sentiasa mengemaskinikan fail pengenalan virus anda. Kita tidak dapat menjangka bagaimana tindakan yang akan dilakukan oleh virus pada masa hadapan. Mungkin ia mampu melakukan kerosakan/kemusnahan yang lebih besar lagi.

Perisian Antivirus
Sebelum kita mengetahui dengan lebih lanjut lagi mengenai perisian antivirus, kita perlu mengetahui apakah takrif atau definisi perisian antivirus tersebut. Perisian antirivirus adalah sejenis perisian yang digunakan untuk mengesan tanda-tanda kemunculan virus di dalam komputer. Pada masa kini terdapat pelbagai jenis perisian antivirus yang menawarkan pelbagai kemudahan seperti auto scan, click and clean dan sebagainya. Kesemua perisian ini bertujuan untuk melindungi komputer kita daripada gangguan virus komputer yang pelbagai. Berikut adalah diantara perisian antivirus yang berada di pasaran dan laporan mengenainya
Dr.Solomon Antivirus Toolkit
Perisian ini dikatakan adalah yang terbaik kerana ia mampu mengesan semua jenis virus dan hampir 89 peratus virus berjaya dihapuskan. Dari segi kelemahan pula, perisian ini dikatakan agak mahal dan sukar untuk mendapatkan perisian yang terkini (update) kerana penghantaran hanya melalui/menggunakan disk.
Walaupun harganya agak mahal iaitu US$85. Ia adalah yang terbaik kerana mampu mengesan semua jenis virus yang telahpun dikenal pasti melalui satu ujian untuk mengetahui tahap atau mutu sesuatu perisian antivirus yang dikawal oleh NCSA (National Computer Security Association) iaitu sebuah badan yang pakar di dalam bidang virus komputer. Sebanyak 2767 ekor virus telah dikenal pasti dan digunakan di dalam ujian tersebut. Ia dikatakan ramah pengguna kerana tidak memerlukan arahan yang panjang. Anda hanya menekan satu butang sahaja untuk mengesan virus dan semua tugas dilakukan untuk anda. Disamping itu, ia juga mempunyai encyclopedia mengenai virus-virus yang dikenal pasti dan kesan-kesan yang disebabkan oleh virus tersebut. Di samping itu, ia juga menyediakan "Magic Bullet" iaitu "bootable floppy disk" yang membenarkan anda mengesan dan memusnahkan virus di dalam mana-mana sistem komputer. Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut lagi. Anda boleh pergi ke halaman http://www.drsolomon.com
F-Prot Profesional
Perisian ini dikatakan kedua terbaik di dalam mengesan virus. Mempunyai pilihan yang boleh ditentukan oleh kita. Ia juga boleh menghantar email amaran sekiranya virus ditemui. Dari segi kelemahan pula, untuk mengemaskinikan fail pengenalan virus memerlukan password dan pemasangan semula "reinstallation". Dari segi harga juga, ia adalah lebih mahal berbanding dengan Dr.Solomon. Walaupun agak mahal iaitu dengan harga US$99, ia merupakan antivirus yang paling berkesan dan aggrasive dimana ia boleh mengesan virus bagi kawasan LAN. Sekiranya anda merupakan pengguna windows 95 atau perisian yang tidak disambungkan dengan mana-mana komputer lain. F-Prot adalah tidak sesuai untuk anda. Menurut ujian yang dijalankan, F-Prot berjaya mengesan hampir 99 peratus jenis virus dan berjaya menghapuskan sebanyak 78 peratus daripada virus yang ditemui.
Ciri-ciri yang ditawarkan juga agak mudah. Ia membenarkan anda untuk mengesan tempat-tempat tertentu dengan mengikut jadual-jadual tertentu. Ini dapat menjimatkan masa dengan membiarkan fail yang telah dikesan dan telah pasti bahawa tiada mempunyai tanda-tanda diserang virus. F-Prot merupakan satu-satunya perisian yang mampu menghantar email sekiranya virus ditemui di dalam sesuatu kawasan LAN. Ia juga mampu menghatar fail yang dijangkiti kepada System Administrator.
IBM Antivirus Version 2.5
Perisian ini boleh dikatakan agak bagus dari segi mengesan virus. Walaubagaimanapun, agak sukar untuk menghapuskan virus.Menurut laporan IBM Antivirus menggunakan satu kaedah untuk mengesan virus-virus yang baru. Dengan harga US$49, ia dikatakan agak sesuai dengan harganya yang agak murah disamping mampu mengesanbanyak jenisvirus. Walau bagaimanapu, terdapat banyak kelemahan yang menyebabkan kita sukar untuk mengesyorkan anda menggunakannya.
IBM Antivirus adalah satu-satunya program yang tidak akan menghapuskan virus, melainkan apabila ia pasti bahawa dengan berbuat demikian tidak akan merosakkan fail yang dijangkiti. Sekiranya ia menjumpai virus yang tidak boleh dibuang, anda terpaksa membuat pilihan untuk memadamkan sahaja fail tersebut. Ini bermakna anda terpaksa memasangkan semula program asal. Walau bagaimanapun, sebagaimana program sebelum ini, ia mampu menghapuskan 100% jenis "boot virus ". Walaubagaimanapun, antara ciri-ciri lain adalah, IBM Antivirus hanya membenarkan anda membuat "bootable emergency disk" semasa pemasangan sahaja. Untuk membuat "bootable emergency disk" anda terpaksa mengulangi proses pemasangan sekali lagi. Bagi anda yang ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut lagi, bolehlah pergi ke alamat http://www.av.ibm.com
Diantara perisian antivirus lain yang boleh didapati ialah seperti
Mcafee Virusscan for windows 95,
Norton Antivirus 2.0 for windows95,
Trend Micro Inc. PC-Cilin dan juga Thunderbyte Antivirus Utilities.
Alamat-alamat bagi syarikat ini ialah:
http://www.mcafee.com,
http://www.symantec.com,
http://www.thunderbyte.com.
CIH Virus Spawn... on 26th
Situation 1: If PC has not already been switched-on on the 26th April
Place a bootable disk in drive A (or the bootable drive) when PC is still turned off
Power on the PC
Enter the BIOS settings - if unable to enter the BIOS settings, switch the PC off
and ask the administrator for help in how to enter the BIOS
Change the BIOS date to the 27th April
Save the BIOS information and reboot the PC
Run a CIH virus cleaner tool (See Situation 5)

Situation 2: If PC does not boot up successfully on the 26th April
Power on the PC
Enter the BIOS settings - if unable to enter the BIOS settings, switch the PC off
and ask the administrator for help in how to enter the BIOS - If PC is unable to boot or enter the BIOS settings then see Situation 3: If PC is unable to enter the BIOS settings
Select 'Restore to Defaults'
Change the BIOS date to the 27th April
Save the BIOS information and reboot the PC
Run a CIH virus cleaner tool (See Situation 5)

Situation 3: If PC is unable to enter the BIOS settings
Remove the Hard-Disk and move it to a PC which has not been infected by the CIH Virus
Follow procedures in Situation 1: If PC has not already been switched-on on the 26th April

Situation 4: Downloading the CIH Virus Cleaner
Users can either get the file from our Web Server of FTP Server. The addresses
respectively are:- http://www.extol.com.my/cih.htm or
ftp://ftp.extol.com.my/pub/armour
The file to download is the FIXCIH.EXE
Copy the file to a temporary directory, ie- C:\TEMP\
Execute the file by typing the name FIXCIH at the DOSPROMPT

Situation 5: Using the CIH virus cleaner
Create a Bootable Disk.
Copy the 4 extracted files from the Temporary directory in Situation 4 to the
bootable disk. (NVC32.CFG, NVCBIN.DEF, NVCMACRO.DEF, NVSCANX.EXE)
Restart infected system with the Bootable Disk
Type the following command:- NVSCANX C: /CL
Download
"KILLCIH.ZIP"
NOW
NOTE:
Bootable Disk must not be write protected.
If Situation 3 Fails, then the virus has erased the first 1 Megabyte of the
Hard-Disk Making the recovery impossible.